Sunday, March 27, 2011
POCODOT :)
Wednesday, March 23, 2011
its begin :))
Monday, March 21, 2011
2nd aizat :)
Sunday, March 20, 2011
sabar menunggu
Friday, March 18, 2011
hot air balloon !!
Thursday, March 17, 2011
partner menggila kembali bersinar :))
ha tengok !!!!!!!!! pantang nampak camera lah masing2.... habeskan masa dengan bergambar, main dengan anak2 dian and MAKAN !!!!!!!!!! hahahaha...
gambar sume dian edit... kalau bagi aku memang fail lah.. aku tak gheti nak edit2 nie... HAHAHAHA....
Wednesday, March 16, 2011
bedak sejuk ker badak sejuk ???
aku mula menempek muka dengan bedak sejuk sejak semalam sebab mak kata try lah mana tau jerawat aku tak suka bau bedak sejuk nie nanti dia ilang lah sendiri.. hahaha.. bagos kan petua mak??? LOL.... btw,bedak sejuk nie mak sedara aku buat sendiri wooo... mane ade orang sekarang rajin bebeno buat sendiri... semua beli jer sekarang... HAHAHAA...
bedak sejuk nie asal nya dari beras yang dikisar dan macam mana bole jadi bentuk bulat2 tuu aku dah lupa lah apa mak cakap... HAHAHAA... aku suka takot2 kan adik aku dengan tempek bedak sejuk nie tebal2... menjerit-jerit dia... HAHAHAHA.... padan muka kau :PP
Monday, March 14, 2011
penat
Friday, March 11, 2011
kah kah kah :)))
Wednesday, March 9, 2011
Gummy bear :)))
Monday, March 7, 2011
kesinambungan :))
Sunday, March 6, 2011
ha,sebar kan please :))
Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan.
Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?
Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.
Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".
Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ
Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)
Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.
Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.
سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)
Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:
وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)
إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ
Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)
سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ
"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)
سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ
"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)
Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.
Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,
الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..
Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]
Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?
p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.
kegembiraan selama 2 hari berturut-turut :))
location : rodeo steak house,sri gombak...
okay,bermula lah alkisah.... aceh,poyos jer kau betol.... pada hari jumaat bersamaan tarikh di atas,seorang manusia bernama noor hasina rahman telah mengajak saya BERwild party pada pukul 8 malam.... kau suka ajar aku bukan2 kan cna??? hahahaha.... btw,jika dicerita kisah kami rakan2 sepejuangan melalui taipan keyboard komputer al maka nya jari-jemari saya akan patah kerana terlalu gembira kami pada hari tersebut sehingga tidak dapat diceritakan disini...... HAHAHAHA....
Tapi kalau nak kongsi kegembiraan jom bersama saya ... ececeh... okay, meh sini dengar.. kalau tak aku cekik korang... :PP
wild party nie bertujuan untuk meraikan hari jadi faizah kamal pada 12 january yang lepas dan nur syaeista khanum pada 2 march....
dah habis tengok hadiah aku ingat nak beli baju lah... pakai untuk wild party malam tuu lah... dah pilih satu baju nie comel lah petak2... sekali si atiqah lah pilih lagi 1 baju untuk aku gilo meghah(merah) mak ngah kau, aku cakap... ya allah budak sorang nih... nasib baik muat.. aku kan makin membesar... okay,dah itu isu sensetip... :PPP
patot lah dia suro aku beli baju merah tuu,sebab dia pon pakai merah derr malam tuu.. dia suro aku pakai seluar putih... terus terang aku cakap seluar putih aku dah berkurun aku tak pakai... hahahaha.... demi kau, aku pakai kot atiqah... terharu tak??? *wink wink* :))
puan raja pon join lah... puan mas yang lagi lama tak jumpa pon dijemput hadir... best nya :DD
weheeeeeeeee !!!!
sadess weh dorang punya service derr gua cakap sama lu memang hancus -______-
dia punya pekerja bape juta kali datang meja makan kiteorang tanye pasal order... aduhai... last nya si syaeista yang macam pekerja kat situ ambil order kiteorang bagai T___T
sesi photoshoot kiteorang weh memang tak bole belah gua cakap... tengah makan pon ada jer camera dok kelip2 lampu flash... aduhai... st.mary memang gila camera dowh.. PANTANG !!! HAHAHAHAHA....
and sumpah macam malu pon ada... dalam restoran tuu memang sore kiteorang jer derr... gila lah... sume dok pandang2 jer... muahahaha... gila bising dowh kiteorang dengan gelak2 bagai... LOL :PP
nikmati sikit gambar2 nie :))
ade lagi mekap tuu kan alia ??? :PPP
ha,kan aku cakap... pantang nampak camera beb :))
ehem... budak comel nie :PPP
serius ini terbaik dari ladang... tak sangka sama2 angkat kaki dan gaya ketawa yang sama :)))
ini last dan sangat kenangan terindah dari kamu semua buat saya :)))
Thursday, March 3, 2011
happy birthday dyda :)))
Wednesday, March 2, 2011
Tuesday, March 1, 2011
merong mahawangsa :))
Ringkasan
Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaannya.
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.