Wednesday, January 12, 2011

kepercayaan

rasanya saya seorang yang mudah meletakkan kepercayaan kepada seseorang tanpa mengenali hati budi seseorang itu dengan lebih mendalam sehingga kan mereka mengambil kesempatan atas diri ini... dengan kelemahan diri inilah mereka telah mengambil kesempatan atas kepercayaan yang saya telah berikan... saya hanya mahukan seorang sahabat yang boleh berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama dengan saya... tidak kira lah saya atau dia dalam kesusahan mahu pun kesenangan , kami saling bersama.... tapi yang saya inginkan tidak pernah saya dapatkan.... hanya kepedihan dan kekecewaan.... saya sedar makin hari makin rumit dan sulit perjalanan hidup saya... sekarang saya mula belajar mana yang patot saya pilih dan mana yang patot saya anggap hanya sekadar kawan.... kawan berkongsi kegembiraan sangat ramai... tapi kawan berkongsi kesedihan???? hanya saya yang tahu mana madu dan mana duri...

terima kasih kepada rakan2 saya yang selama ini telah banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya agar terus membangun... anda tahu siapa anda dan saya tidak perlu sebutkan..... saya akan cuba mengubah kelemahan diri ini yang mudah mempercayai seseorang tanpa mengenali hati budi nya dan terima kasih sekali lagi kerana kamu semua terima saya seadanya.... saya memerlukan teguran jika saya ada melakukan kesilapan sepanjang kamu semua kenal saya....

saya hanya lah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan itu adalah pengajaran buat saya agar tidak mengulangi sikap buruk itu lagi... mulai hari ini biarlah apa pon orang buat terhadap diri saya, saya akan lupakan anda secara perlahan-lahan dan lenyap lah anda dari hidup saya :)

p/s :terima kaseh kerana sudi membaca :)
assalamualaikum !!!!!!

4 comments: